Popular Posts
-
Penduduk kampung di Consuelo Filipina telah berjaya nenangkap seekor Buaya Raksasa yang telah menghantui perkampungan di kawasan sekitar ker...
-
Beberapa peminat motosikal yg diketuai oleh Tilo Niebel dari sebuah tempat di Zillah iaitu di Timur Jerman telah mempamerkan sebuah motor ge...
-
PUCHONG – Bukan sahaja dipukul, disepak dan dibelasah berkali-kali tanpa belas kasihan, malah seorang datuk berusia 81 tahun berdepan detik...
-
Everything Is Here: Ganass!! Motorsikal Predator Dari Thailand!!
-
Remark Blogger Templates
-
GIVEAWAY: TOYS FOR BIG BOYS
-
Asphalt HD theme for S60v5 Symbian^3 - Free Theme download
-
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.... BUAT DUIT DGN TANPA MENGELUARKAN MODAL..... KETAHUINYA DI ....http://www.theweeklypay.com/index.php?share=3...
http://mudaheshop.blogspot.com/
Thursday, 16 January 2014
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.... BUAT DUIT DGN TANPA MENGELUARKAN MODAL..... KETAHUINYA DI ....http://www.theweeklypay.com/index.php?share=305487
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.... BUAT DUIT DGN TANPA MENGELUARKAN MODAL..... KETAHUINYA DI ....http://www.theweeklypay.com/index.php?share=305487
Monday, 12 December 2011
Sunday, 11 December 2011
Saturday, 10 December 2011
Qaseh 1thn 9bln... Slideshow Slideshow
Qaseh 1thn 9bln... Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Qaseh 1thn 9bln... Slideshow Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor
Tok wan di belasahi & disamun 5 Jahanam!!
PUCHONG – Bukan sahaja dipukul, disepak dan dibelasah berkali-kali tanpa belas kasihan, malah seorang datuk berusia 81 tahun berdepan detik malang apabila turut disamun lima lelaki ketika menunggu bas di perhentian bas Jalan Batu 13 1/2 berdekatan perumahan Perbadanan Kema¬juan Negeri Selangor (PKNS) di sini, awal pagi Ahad lalu.
Lebih malang lagi, dia yang turut ditumbuk di bahagian muka dan dipijak berkali-kali oleh kumpulan penyangak itu ditinggalkan berseorangan di perhentian bas terbabit selepas dompetnya dirampas.
Datuk berkenaan, Hussin Kamsah berkata, ketika kejadian kira-kira 5.45 pagi itu dia menunggu bas ke Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.
“Mereka mendatangi saya dengan motosikal sebelum dua daripadanya menyentap dan menyilangkan tangan saya ke belakang dengan kasar,” katanya.
Hussin berkata, dia kemudian ditumbuk beberapa kali dan dipukul sehingga terjatuh ke atas lantai tanpa dapat mengelakkan diri.
“Saya langsung tidak mampu menjerit, mereka memijak-mijak muka dan belakang badan saya tanpa rasa kasihan dan simpati meskipun mengetahui saya ini tidak mampu melawan.
“Dalam keadaan kesakitan, mereka menyeluk poket seluar saya dan mengambil dompet berisi sejumlah wang serta beberapa dokumen penting sebelum bertindak melarikan diri,” katanya.
Jelasnya yang juga seorang pesara polis, dalam keadaan baju sudah terkoyak dan berlumuran darah, dia kemudian kembali ke rumah anaknya yang terletak kira-kira 200 meter dari hentian bas itu.
“Saya beritahu anak saya dipukul penyamun yang tidak memakai topi keledar lantas mereka menghubungi polis memaklumkan berkenaan kejadian itu.
“Memang sedih dan sakit hati dengan perangai penjenayah yang menjadikan mangsanya tanpa mengira usia,” katanya.
Dalam pada itu, Hussin menggesa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memasang lampu di hentian bas di jalan besar Puchong itu bagi mengelakkan kejadian seumpamanya tidak berulang kepada mangsa lain pada masa depan.
“Hentian bas itu sangat gelap kerana lampu yang ada tidak berfungsi menyebabkan pengguna jalan raya yang lalu lalang di situ mungkin tidak menyedari saya dipukul dan disamun kumpulan lelaki itu.
“Saya sangat berharap sekiranya lampu itu dipasang dengan segera dan diperbetulkan supaya cahaya terang dapat mengelakkan kejadian jenayah di hentian bas,” katanya.
P/s : Salah lampu ke? salah 5 jahanam ke? salah atuk ni? apapun sangat kesian atuk ni
Friday, 9 December 2011
bujang senang ditangkap di filipina
Penduduk kampung di Consuelo Filipina telah berjaya nenangkap seekor Buaya Raksasa yang telah menghantui perkampungan di kawasan sekitar kerana memakan kerbau, ayam dan pelbagai binatang serta seroang petani. Mereka telah cuba untuk memburu Buaya ini untuk berminggu-minggu. Sehingga kini mereka telah membelanjakan sebanyaj USD$ 7000 untuk pemburuan ini. Kampung itu terus menjadi terkenal kerana mungkin Buaya Raksasa ini bakal dicatat di dalam Guinnes World Records sebagai Buaya terbesar dengan 21 kakai dan 1,075 kg.
Thursday, 8 December 2011
motosikal terbesar di dunia
Beberapa peminat motosikal yg diketuai oleh Tilo Niebel dari sebuah tempat di Zillah iaitu di Timur Jerman telah mempamerkan sebuah motor gergasinya yg dibuat sendiri dgn hasil tangan mereka. Motosikal ini dianggarkan seberat 5 tan dan sepanjang 5 1/2 meter ini dilengkapi dgn enjin tangki dari soviet dikenali T55 sekuat 800 kuasa kuda. Menurut Guinness World Book of Records, Berat yang dicatatkan adalah 4740 kg. Tilo Niebel membuat motor ini, dengan menggunakan kenderaan Soviet shell dan mesin dari tangki T55 dari Russia
Untuk mengawal motosikal gergasi ini, penunggang perlu lah belajar untuk megawal pemanduan 2 biji meter. Badan motosikal ini, springs, suspensions semuanya diambil dari sisa2 buangan tentera soviet. Menurutnya lagi, enjin2 yg diambil ini adalah dari model pada thn 1986 iaitu model yang masih baru lagi. Jom lihat gambar:
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Penduduk kampung di Consuelo Filipina telah berjaya nenangkap seekor Buaya Raksasa yang telah menghantui perkampungan di kawasan sekitar ker...
-
Beberapa peminat motosikal yg diketuai oleh Tilo Niebel dari sebuah tempat di Zillah iaitu di Timur Jerman telah mempamerkan sebuah motor ge...
-
PUCHONG – Bukan sahaja dipukul, disepak dan dibelasah berkali-kali tanpa belas kasihan, malah seorang datuk berusia 81 tahun berdepan detik...
-
Everything Is Here: Ganass!! Motorsikal Predator Dari Thailand!!
-
Remark Blogger Templates
-
GIVEAWAY: TOYS FOR BIG BOYS
-
Asphalt HD theme for S60v5 Symbian^3 - Free Theme download
-
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.... BUAT DUIT DGN TANPA MENGELUARKAN MODAL..... KETAHUINYA DI ....http://www.theweeklypay.com/index.php?share=3...
KEJADIAN PELIK
BERITA LUARBIASA, MOTOR DIJUMPAI MELETAK DIPOKOK DI SEKITAR KEMAMAN,TERENGGANU.MALAYSIA











